Tuesday, 10 April 2012

Posted by Muhammad Adam bin Roslan |
Assalamu'alaikum.. "Amar ma'ruf Nahi Mungkar".. slogan ini sentiasa berada dekat dengan kita pada bila2 masa.. dan umat Islam wajib mempratikkan slogan tersebut.. Namun begitu, saya lihat fenomena teguran makin lama menjadi luar biasa.. sepatutnya teguran kita itu membawa pada kedamaian dan teguran kita itu mampu mencegah kemungkaran.. Namun kini menjadi LUAR BIASA apabila perbuatan ini menimbulkan perasaan benci, dendam, pergaduhan dan persengketaan.. di mana silapnya? Jadi, saya nak ambil kesempatan ini untuk menyampaikan dua pesanan penting...:

1) PENEGUR


-Jangan menegur dengan emosi.. Nanti akan dibalas dengan emosi.. beri teguran yang berhikmah..
-Beri teguran direct kepada pesalah berkenaan.. kepada pengguna laman media sosial seperti Facebook dan Twitter dan lain2, saya mohon, janganlah pos atau tweet yang boleh menyakitkan hati orang lain.. kenapa tak tegur je si dia?
-Jangan menceritakan keburukan seseorang pada orang lain.. nanti terjadilah fitnah dan mengumpat.. kita yang nak menegur, kita yang buat dosa besar.. terbalik pula..
-Elakkan bersangka buruk dengan si pesalah
-Lepas tegur, janganlah harap si dia dapat berubah sejurus lepas kita tegur dia, berilah dia masa untuk berubah.. Sebab dia juga manusia...
-kita tiada hak untuk MENCACI, MEMAKI dan MENGUTUK orang lain.. berdosa...
-kita perlu bencikan perbuatan maksiat, bukan si pelaku maksiat..


2) DITEGUR
-bukakan hati, elakkan perasaan nak 'MEMPERTAHANKAN DIRI', dengar dlu teguran orang lain baru nilai teguran tersebut..
-sentiasa tabah, ingatlah manusia tak sempurna namun WAJIB mengejar kesempurnaan
-Jangan cepat marah bila ditegur
- Cepat2 berubah, minta maaf pada Allah dan orang lain..


HARAP2 KITA SAMA2  DAPAT BERUBAH KE ARAH KEBAIKAN.. :)

2 comments:

hajarmohdnor said...

baik la cik adam. :)

Srikandi Mokhtar said...

Siapa yang mengucap kalimah shahadah dia seorang daie..

Amar Ma'aruf Nahi Mungkar, tajuk ni agak dekat dengan diri, usrah minggu ni baru je diskusi tentang perkara ini. Saja nak kongsi dapatan usrah yang masih segar..

"Dalam melaksanakan amar ma'aruf nahi mungkar kita perlu pertimbangan antara maslahat dan mafsadah kerana mengubah kemungkaran hendaklah tidak membawa kepada berlakunya mungkar yang lebih besar.."

Pendekatan yang digunakan menentukan natijahhnya, barangkali..

1. Hilangnya kemungkaran secara total dan diganti dengan kebaikan.

2.Berkurangnya kemungkaran sekalipun x tuntas secara keseluruhan.

3.Diganti dengan kemungkaran yang serupa.

4.yang paling dibimbangi, diganti dengan kemungkaran yg lebih besar mungkin kerana salah caranya.

Jadi, tegurlah dengan hati, kerana teguran yang ikhlas dari hati selalunya sampai ke hati.

Wallahu'alam~