Gambar hiasan |
Tak banyak restoran yang menjual nasi putih dan lauk-pauk pada waktu malam. Biasanya orang akan lebih memilih untuk membuat pesanan masakan panas. Kalau ada pun yang jual lauk-pauk pada waktu malam, rata-rata pengusaha kedai makan tersebut tak turunkan harga makanan tersebut. Patut ke macam tu?
Pada aku la, patutnya turunkan harga la. Sebab zat dan kualiti lauk yang dah siap masak pada waktu tengahari takkan sama bila kau jual pada waktu malam. Walaupun ada yang buat inisiatif untuk melambatkan makanan-makanan tersebut daripada basi macam letak api kat bawah bekas makanan nak bagi lauk-lauk tu kekal panas. Tapi kesan tu kejap je la sebab hakikatnya makanan ni memang sifatnya tak boleh tahan lama.
Ada pasar raya yang turunkan harga makanan yang dia mula jual pada waktu siang. Bila dah sampai waktunya, contohnya lepas pukul 6 petang, mereka akan turunkan harga makanan tersebut. Tapi kenapa pengusaha-pengusaha restoran yang jual lauk tengah hari ni tak boleh buat?
Faham korang nak buat untung. Tapi biarlah adil dan berpada-pada. Tak adil kalau letak harga sama untuk makanan yang kualitinya berbeza-beza.
0 comments:
Post a Comment