Saturday, 26 August 2017

Posted by Muhammad Adam bin Roslan |
Betapa untungnya masyarakat di Lembah Klang kerana dapat peluang yang lebih besar untuk menghadiri program-program atau wacana-wacana intelektual ataupun dipanggil oleh sebahagian masyarakat sebagai majlis ilmu. Manakan tidak, terdapat pelbagai program yang dianjurkan oleh pelbagai pihak sehingga penulis boleh dilema untuk memilih mana satu majlis yang perlu dihadiri. Tidak dinafikan juga bahawa ilmu dan maklumat yang disampaikan oleh penyampai yang terdiri daripada tokoh akademik, korporat dan perniagaan, golongan profesional dan lain-lain, lebih segar dan membina minda. Walaubagaimanapun, pada pendapat penulis, masih ada ruang penambahbaikan yang perlu kita sama-sama renungi.

Taburan Wacana Intelektual

Seperti yang telah disebutkan di atas, banyak wacana intelektual diadakan di Lembah Klang. Namun, tidak di luar kawasannya. Ramai lagi insan yang perlu disantuni dan dibantu bagi membentuk minda yang lebih terbuka dan berdaya tinggi. Taburan wacana intelektual hendaklah diperluas hinggalah ke kawasan pedalaman. Tidaklah wacana intelektual itu dinampakkan sebagai saluran yang sesuai hanya untuk golongan elit sahaja. Penulis bercadang agar taburan ini dapat diperluas melalui dua cara.
Pertama, penganjur-penganjur wacana intelektual di Lembah Klang boleh la bergerak sedikit demi sedikit keluar daripada kawasan Lembah Klang. Jika hendak ke selatan, bolehlah bermula di Nilai, Negeri Sembilan. Jika hendak ke Timur, boleh bermula di kawasan Bentong. Jika hendak ke utara, boleh la mulakan di kawasan Hulu Selangor ataupun Kuala Selangor. Cara kedua ialah memulakan wacana di setiap ibu negeri. Misalnya Alor Setar di Kedah, Ipoh di Perak dan Kota Bharu di Kelantan.

Walaubagaimanapun, sokongan dana amatlah diperlukan oleh golongan hartawan, golongan ahli perniagaan dan korporat dan mana-mana insan yang berpendapatan tinggi. Hal ini disebabkan kebanyakan penganjur bukanlah terdiri daripada entiti yang bersifat mencari keuntungan. Namun, mereka hanyalah sukarelawan yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk membangunkan masyarakat demi masa depan negara yang lebih baik. Usaha murni hendaklah disokong sepenuhnya oleh mereka yang mempunyai kemampuan kewangan yang lebih.

Praktikaliti

Wacana yang membina ialah wacana yang bukan sahaja mudah untuk difahami syarahannya, namun juga memberikan idea yang praktikal kepada pendengar dan penonton untuk dilaksanakan selepas sahaja sesi program. Amat rugi jika penganjuran wacana intelektual hanya terhenti begitu sahaja tanpa ada apa-apa bentuk amal yang boleh dilakukan oleh hadirin selepas itu. Ada sebahagian penganjur seolah-olah tidak serius akan hal ini. Ada yang masih mahu menjemput penyampai yang begitu ‘syok sendiri’ dengan kata-kata melangitnya sehingga hadirin yang bertepuk tangan itupun entah faham atau tidak apa yang telah disampaikan. Bukan itu sahaja, ada program yang penulis pun tidak tahu kenapa masih mahu menumpukan perhatian lagi terhadap permainan pendefinisan terma, sehingga idea kurang dikupas.

Bagi memudahkan pemahaman pembaca, satu contoh yang boleh diberikan ialah seperti program tentang kenaikan kos sara hidup, para penyampai perlulah berusaha untuk mencetuskan idea yang baru agar para hadirin dapat membuat persediaan untuk menghadapi kenaikan kos sara hidup. Jika antara masalahnya ialah monopoli, apakah yang masyarakat boleh buat untuk memecahkan kuasa monopoli tersebut?

Rangkaian

Sebagai penganjur, rangkaian hendaklah diperluas. Janganlah asyik nak jemput muka yang sama. Kalau cakap pasal politik panggil dia, ekonomi pun dia dipanggil, hatta undang-undang pon nak panggil dia. Bukan sahaja muka yang sama, malah janganah pula asyik nak panggil golongan yang sama. Sebagai contoh, kalau nak buat wacana mengenai ekonomi, panggil ahli politik. Wacana pendidikan pun nak panggil ahli politik sahaja.

Betapa ramai pakar dalam pelbagai bidang di luar sana yang masih belum didekati. Tambahan pula dengan teknologi maklumat yang semakin berkembang maju, sepatutnya memudahkan kerja bagi pihak penganjur untuk memperluas rangkaian dan melakukan kerja lebih untuk meneliti calon penyampai yang sesuai untuk dijemput bagi sesuatu program.


Kesimpulannya, penulis berharap ruang penambahbaikan ini dapatlah sama-sama direnungi dan diperbaiki pada masa akan datang. Ini hanyalah pendapat peribadi sebagai seorang yang mahukan masa depan negara dan umat yang lebih baik. Penulis sangat mengimpikan agar masyarakat Malaysia secara amnya akan lebih bersifat terbuka, lebih cakna dengan isu-isu yang lebih utama serta lebih tinggi daya fikirnya.

Penulis boleh dihubungi melalui muhammadadamiium@gmail.com

Wednesday, 12 April 2017

Posted by Muhammad Adam bin Roslan |
Dalam bajet 2017, peruntukan terhadap universiti awam tempatan telah dikurangkan. Bagi mengetahui tentang berkenaan secara terperinci, penulis sarankan para pembaca untuk membaca teks ucapan bajet 2017 yang telah dibentangkan di Parlimen yang terdapat di laman sesawang Kementerian Kewangan Malaysia. Pemotongan bajet universiti seharusnya membuka mata dan hati semua pihak, terutamanya bekas pelajar universiti untuk membantu semula universiti mereka.

Pendapat penulis, niat pihak kerajaan yang mahukan universiti menjadi mandiri dalam mencari dana haruslah disokong tetapi dengan syarat, pihak kerajaan harus memberikan kuasa autonomi kepada pengurusan pihak universiti untuk membuat sebarang keputusan yang melibatkan universiti itu sendiri. Namun, artikel ini ditulis bukan bertujuan untuk bercerita panjang mengenai kuasa autonomi universiti. Untuk mengetahui sebahagian pendapat mengenai hal autonomi universiti, penulis ingin mencadangkan kepada pembaca untuk membaca artikel yang bertajuk “A Question of Autonomy” yang ditulis oleh Professor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak yang mana telah diterbitkan oleh pihak IDEAS di laman sesawang mereka dan juga akhbar the Sun Daily.

Sesungguhnya untuk menjadi mandiri daripada terlalu bergantung terhadap dana pihak kerajaan bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi jika pihak pentadbiran universiti yang terdiri daripada pihak atasan hingga ke peringkat bawahan sudah terbiasa atau selesa menjadi penerima bajet tahunan kerajaan. Minda mereka perlu ditancapkan semula kerana perkara ini bukanlah sesuatu yang kecil, malah akan memberikan kesan terhadap kualiti pendidikan dan juga kualiti graduan pada masa akan datang.

Memang tidak dinafikan bahawa ada universiti yang masih tidak bersedia akan perubahan ini. Maka, penulis ingin mengajak kepada semua bekas pelajar universiti untuk membantu universiti kita yang sememangnya juga mengharapkan bantuan kita. Universiti merupakan antara tempat yang terbaik untuk kita melaburkan duit kita kerana universiti merupakan tempat membangukan akal dan sahsiah generasi muda yang akan memimpin negara pada masa akan datang. Selain itu, pelaburan ini juga dapat menjadi satu balasan budi kita terhadap para guru iaitu para pensyarah yang telah mengajar dan mendidik kita menjadi seseorang pada masa kini.

Sesebuah universiti yang sudah berusia lebih daripada 25 tahun dari tahun penubuhannya pasti mempunyai sekurang-kurangnya 20 kumpulan pelajar yang sudah menghabiskan pengajian mereka di universiti berkenaan. Dalam kalangan 20 kumpulan graduan berkenaan, pasti ada yang sudah mendapat kejayaan dengan mengecapi jawatan yang tinggi dalam sesebuah syarikat korporat dan meraih pendapatan yang tinggi. Oleh itu, penulis berasakan pentingya kumpulan bekas pelajar berkenaan untuk kembali membantu semula universiti mereka.

Setiap sumbangan boleh disalurkan untuk membantu meringankan pelajar kurang kemampuan di universiti. Di media sosial, terdapat banyak rungutan dan aduan telah dibuat secara terbuka mengenai sebahagian pelajar yang tidak mampu untuk menyara diri mereka di universiti. Dengan adanya bantuan tersebut, mudahlah bagi penerima sumbangan tersebut untuk meneruskan pengajian mereka. Selain itu, sumbangan juga boleh dibuat untuk mendanai projek-projek dan program-program yang digerakkan oleh persatuan pelajar yang sentiasa menghadapi kekangan bajet. Sumbangan juga boleh juga diberikan untuk menaiktaraf infrastruktur universiti yang kian usang, mendanai usaha penyelidikan universiti dan juga boleh digunakan untuk menggaji staf-staf atau pensyarah-pensyarah tambahan untuk melicinkan urusan pentadbiran dan pengajaran di universiti. Namun begitu, ada beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh beberapa pihak.

Bagi pihak penderma, sesuatu sumbangan hendaklah ikhlas tanpa ada niat ingin mendapat keuntungan kembali kepada diri sendiri mahupun pihak syarikat yang dipimpin. Segala sumbangan hendaklah diberikan atas niat ingin meringankan beban yang ditanggung oleh pihak universiti dan membantu memelihara kebajikan dan pembangunan para pelajar. Jika ada sumbangan yang melibatkan sejumlah wang yang besar, elok lagi kiranya ada surat rasmi atau kertas kerja, meskipun ringkas, namun sekurang-kurangnya dapat memberikan gambaran yang jelas kepada pihak universiti mengenai tujuan sumbangan itu dilakukan.

Bagi pihak universiti, antara yang paling kritikal ialah mengenai pengurusan kewangan. Hal ini perlu dilihat dan dibaiki segera agar dapat meyakinkan para alumni untuk memberikan sumbangan mereka. Isu ketirisan bukanlah isu yang baru, malah sudah banyak aduan dan rungutan yang telah dikemukakan oleh para pelajar universiti sendiri. Jika orang yang berada di dalam tidak yakin dengan pengurusan kewangan universiti, apatah lagi pihak luar? Pernah penulis duduk semeja dengan seorang juruaudit yang ditugaskan untuk mengaudit sebuah universiti tempatan. Katanya, memang banyak isu yang beliau jumpa dan antaranya ialah staf yang bekerja di jabatan kewangan universiti berkenaan tidak kompeten. Ini amat merisaukan penulis dan hal seperti ini perlu diselesaikan segera. Jika orang bekerja dalam jabatan kewangan pun tidak tahu tentang kerja  yang mereka lakukan, apa lagi yang kita boleh harapkan daripada prestasi pengurusan kewangan universiti? Sepatutnya universiti harus melantik mereka yang sekurang-kurangnya ada latarbelakang pendidikan perakaunan untuk menjadi pegawai kewangan universiti.

Selain itu, bahagian pengurusan kewangan universiti hendaklah diaudit dan laporan kewangan yang telah diaudit hendaklah diterbitkan secara terbuka agar semua pihak termasuk para pelajar dapat mengetahui hasil audit yang telah dilakukan oleh juruaudit yang telah dilantik. Pihak universiti mesti bersedia untuk meningkatkan ketelusan dalam pentadbiran mereka. Jika keterbukaan ini tidak boleh dilaksanakan atas batasan undang-undang, maka pindaan perlu dibuat.

Bagi menggalakkan lagi sumbangan kepada universiti, pihak universiti hendaklah memudahcarakan para penderma untuk membuat sumbangan. Selain daripada memusatkan sumbangan kepada satu jabatan, pihak universiti perlu memberikan kebenaran kepada para penderma untuk membuat sumbangan terus kepada pihak fakulti/kuliyah, asrama/mahallah ataupun kepada pihak jabatan tertentu seperti sukan dan sebagainya. Lebih baik lagi sekiranya semua pihak jabatan atau fakulti atau asrama boleh membuka kaunter sumbangan masing-masing bagi membenarkan pihak penderma untuk datang dan menerangkan tujuan sumbangan mereka atau menghulurkan surat atau kertas kerja. Pihak universiti juga harus sentiasa bersedia untuk mengadakan pertemuan ringkas dengan mana-mana pihak penderma yang mempunyai idea-idea yang baru dan bernas untuk membantu semula universiti mereka agar kedua-dua pihak dapat mencapai persefahaman yang jitu.

Penulis juga berharap agar pihak kerajaan, melalu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dapat juga menyediakan dan memudahkan pihak universiti untuk mendapatkan surat pelepasan cukai kepada para penderma. Peraturan-peraturan dan had sumbangan yang sedia ada hendaklah diringankan walaupun akan memberikan sedikit kesan terhadap jumlah kutipan cukai pada masa akan datang. Namun pengurangan itu akan diganti oleh sumbangan yang akan dilakukan oleh mereka yang berkemampuan kepada pihak universiti yang asalnya menjadi tanggungan kerajaaan. Kerajaan mesti mewujudkan situasi menang-menang dalam hal ini.


Sebagai kesimpulan, penulis berharap lebih ramai orang akan lebih sedar terhadap kepentingan berbakti semula kepada tempat kita belajar dahulu. Meskipun artikel ini tidaklah sempurna mana kerana tidak menyentuh beberapa lagi perkara seperti pengurusan data bekas pelajar dan sebahagiannya, namun diharapkan sedikit sebanyak dapat memberikan sedikit kesan kepada para pembaca. Para pelajar yang sedia ada di universiti hendaklah juga diberikan kesedaran akan kepentingan untuk membantu semula universiti sebelum mereka melangkah keluar sebagai seorang graduan.


Penulis boleh dihubungi melalui muhammadadamiium@gmail.com

Sunday, 5 February 2017

Posted by Muhammad Adam bin Roslan |
The new Companies Act 2016, which replace the old Companies Act 1965 has been passed in Parliament on 28th April 2016, then gazetted on 15th September 2016. According to the The Star Online (2017), the effective date of the first phase of the implementation of the new act was on 31st January 2016. I believe the readers will want to know what are the major changes may happen after the implementation date.

Here I want to share some of the information that I received during the briefing about Companies Act 2016 organized by my company which is Afrizan Tarimili Khairul Azhar (AFTAAS). Besides that, I have also make further research about the reaction from various parties regarding the implementation of the new act. But before that, I just want to remind that this article will not cover all areas as I just want to convey the messages in a simple way as all readers are not from the accounting background.
The purpose of the introduction of the new act is to facilitate incorporation and reduce cost of doing business, simplify the compliance, enhance internal control, governance and corporate responsibility and to provide flexibility in managing companies.

Areas of Change

        1. AGM for the private companies is optional

For private companies, the Annual Grand Meeting (AGM) will be not a mandatory for them. The financial statements should be circulated to shareholders within 6 months of financial year end and lodged to SSM within 30 days of the circulation. The communication among the members by using electronically form is allowed. However, for Public Companies, the AGM is still a mandatory.

         2.  No Par Value Regime

There will be no par value for the issuance of shares. The company can put any price to issue the shares. Therefore, there will be no share premium and also capital revaluation reserve (CRR). So, for the accounting students, you should aware about this. To report the amount and value of the shares under the new regime, there are two option. The first option is the company can capitalise the share premium and also the credit revaluation reserve. Kindly refer to the image captured below to understand on how the option can work.



    3.   No more authorised share capital

There will be no more authorised share capital. Therefore, the companies may issue unlimited number of shares. Previously, if they want to increase the number of authorised share, they need to pay some amount of money to the authority. The abolishment of authorised share capital will help to reduce their cost to run the business.

     4. Not all companies will be audited

In the previous Companies Act 1965, all companies are compulsory to be audited. However, in the new act, there is exception for the dormant and small companies. According to the Draft Practice Directive 1/2017, the small companies must be a private company and satisfy any two criteria for each two financial years which are:

       a)      Revenue is equal or less than RM300,000
       b)      Total asset is equal or less than RM500,000
       c)      At year end, the total number of employee is equal or less than 5 employees

    However, for small and dormant companies, they still need to lodge their financial statement.
     
     5.      Dividend

The divided is to be declared out of profits available. The regulation is same with the previous Companies Act 1965. However, under the new act, the dividend can be distributed only if the company is solvent immediately after the distribution. It means, after distribute the dividend, the company should has the ability to settle their obligation such as pay the creditors within 12 months of the distribution. Therefore, the management of the company need to assess the company’s ability carefully before declare the dividend. If the improper distribution happen, the company has the power to recover the dividend from shareholders, director, manager, or accountant (or any officer) who authorised the payment.

It means the creditor can claim their payment from the shareholder, director, manager, accountant or the officer who authorised the payment and they need to pay or settle the obligation by using their personal money. Not only that, the guilty person will be liable to imprisonment of 5 years and/fine for RM3 millions.

According to Nee (2017), the Companies Act 2017 will simplify incorporation procedures for companies and bring significant cost savings for businesses through the creation of a more business-friendly environment. I hope this article can help the readers to understand about the changes that will happen after the implementation of the new act. Please make further research to get more comprehensive information as it is important and gives impact to the education and also to the business sector.

References:
Phase one of Companies Act 2016 comes into effect. (2017, February 1). The Star Online. Retrieved February 5, 2017, from http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/02/01/phase-one-of-companies-act-2016-comes-into-effect/

Nee, E. A. (2017, January 3). Companies Act 2016 – a game changer in 2017? The Sun Daily. Retrieved February 5, 2017, from http://www.thesundaily.my/news/2115307



The author can be contacted through email: muhammadadamiium@gmail.com

Monday, 30 January 2017

Posted by Muhammad Adam bin Roslan |
Tujuan artikel ini ditulis ini ialah untuk membantu para pembaca dan masyarakat umum untuk memahami siapakah itu Generasi Z yang kini sudah pun berada di dalam institusi pengajian tinggi. Penulisan ini juga didorong oleh kurangnya kajian mengenai generasi terbaharu ini. Di Malaysia, kita masih banyak bercakap mengenai Generasi Y yang sebahagian besarnya sudah pun masuk ke dalam alam pekerjaan. Maka, saya beranggapan kita perlu mula memberikan perhatian kepada generasi Z kerana merekalah yang akan mencorakkan masyarakat dan negara kita pada masa akan datang.

Diharapkan agar penulisan kecil ini dapat memberikan pemahaman kepada semua golongan agar dapat mengurangkan konflik antara generasi, konflik antara pihak majikan dengan graduan IPT serta pekerja baru dan juga antara ibu bapa dan pensyarah atau guru dengan anak-anak dan anak murid. Saya menulis artikel ini berdasarkan pembacaan saya terhadap banyak hasil kajian, tulisan akademik dan juga artikel yang dibuat oleh pelbagai pihak. Terima kasih buat mereka.

Siapakah Generasi Z?

Menurut Ernst & Young, salah satu firma audit terbesar di dunia, mereka menyatakan bahawa Generasi Z ialah mereka yang lahir pada selepas tahun 1997. Menurut William (2016) pula, ialah mereka yang lahir pada selepas tahun 1995. Sudrajat (2012) menyatakan sejak 1995 dan Khalid (2015) juga mempunyai pendapat yang sama. Terdapat juga kajian mengatakan Generasi Z ialah mereka yang dilahirkan sejak 1995 sehingga 2009 (Mahani & Nazlinda, 2015). Saya lebih cenderung untuk menyatakan bahawa Generasi Z ialah mereka yang lahir sejak tahun 1996 (selepas 1995) selepas melihat ada perubahan yang berlaku pada generasi pelajar yang lebih muda daripada saya ketika saya belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Hal ini bermakna, kumpulan generasi Z yang paling tua ketika penulisan ini dibuat ialah mereka yang sedang berumur 20 atau 21 tahun (bergantung pada tarikh hari jadi masing-masing). Ini menunjukkan juga bahawa sebahagian daripada mereka sudah pun berada di dalam universiti dan kolej.

Generasi Z merupakan generasi yang sangat celik dan mahir dalam bidang teknologi maklumat. Mereka dilahirkan dan dibesarkan dengan telefon pintar, mereka telah mula melayari internet ketika masih kecil lagi serta ada juga yang sudah mempunyai akaun media sosial ketika berada dalam fasa kanak-kanak. Ada yang menggelarkan mereka sebagai generasi teknologi (Mahani & Nazlinda, 2015). Khalid (2015) pula mengatakan bahawa mereka ialah generasi ‘hyper-connected’. Kaji selidik mendapati 80% dari kalangan mereka menghabiskan masa secara purata 8 jam sehari dengan internet, dengan 47% merasakan kehidupan mereka seolah-olah tidak lengkap jika tidak ber'online' (Khalid, 2015). Malah, Accounting Principals, dalam kajiannya ada menyatakan Generasi Z boleh membuat pelbagai tugas sekurang-kurangnya lima skrin sehari (William, 2016).

“Gen Z-ers multitask across at least five screens a day and spend 41 percent of time outside of school/work with computers or mobile devices compared to 22 percent of Millennials 10 years ago.”

Apa beza antara Generasi Z dengan Generasi Y? Tim Elmore (2014) ada menggariskan perbezaan antara kedua-dua generasi tersebut seperti di bawah:

1. While Generation Y spent money boldly and with few boundaries, 57% of Generation Z prefers saving money to spending it.

2. While Generation Y spent loads of time at the mall, Generation Z prefers shopping online for almost all their purchases… except for online games. Hmmm.

3. While Generation Y grew up during a strong economy, Generation Z is growing up in a time of recession, terrorism, violence, volatility, and complexity.

4. While Generation Y subscribed to everything social, Generation Z doesn’t want to be tracked, preferring Snapchat, Secret, or Whisper to communicate.

5. While Generation Y watched YouTube, Hulu and Netflix, Generation Z wants to co-create, live stream, and help to make up the activity as they participate.

6. While Generation Y loved sports and adventure, Generation Z sees sports as a health tool, not for play. Their games are inside. Teen obesity has tripled since 1970.

7. While Generation Y grew up with slightly longer attention spans, Generation Z has an attention span of 8 seconds. Approximately 11% have ADHD.

8. While Generation Y initiated text messages as a norm, Generation Z prefers communicating through images, icons and symbols.

9. While Generation Y worried about their growing social status and their “likes” on social media, Generation Z worries about the economy and world ecology.

10. While Generation Y enjoyed a life that revolved around them, Generation Z plans on coping with multi-generational households and marriages (400% increase).


Apa yang saya boleh rumuskan ialah generasi Z tidak boleh dianggap sebagai generasi kesinambungan dengan generasi Y kerana perbezaan itu berlaku akibat suasana sosial dan ekonomi yang mereka alami semasa dalam proses kelahiran, pembesaran dan pendewasaan berbeza dengan generasi Y. Sudah pasti suasana itu memberikan kesan terhadap sikap dan sifat mereka. Saya harap artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua untuk lebih memahami. Dengan adanya pemahaman yang baik, bolehlah kita cari langkah yang terbaik untuk membangunkan generasi yang masih muda ini.

Terima kasih atas kesudian untuk membaca artikel ini. Sebarang komentar yang membina amatlah dialu-dialukan.


Rujukan:

Elmore, T. (2014, August 15). How Generation Z Differs from Generation Y. Retrieved January 28, 2017, from https://growingleaders.com/blog/generation-z-differs-generation-y/

William, D. (2016, July 7). Millennials vs Generation Z: What Employers Must Know (Infographic). Retrieved January 28, 2017, from https://smallbiztrends.com/2016/07/millennials-vs-generation-z.html

Merriman, M. (2015). Rise of Gen Z: New Challenge for Retailers (pp. 1-12, Publication). Ernst & Young LLP. Retrieved January 28, 2017, from http://www.ey.com/Publication/vwLUAssets/EY-rise-of-gen-znew-challenge-for-retailers/%24FILE/EY-rise-of-gen-znew-challenge-for-retailers.pdf

Sudrajat, A. (2012, October 5). Generasi Z dan Implikasinya terhadap Pendidikan [Web log post]. Retrieved January 28, 2017, from https://akhmadsudrajat.wordpress.com/2012/10/05/generasi-z-dan-implikasinya-terhadap-pendidikan/

Mahani, S., & N. (2015). Generasi Z: Tenaga Kerja Baru dan Cabarannya. Retrieved January 28, 2017, from http://docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/2015/Generasi_Z.pdf


Khalid, K. (2015). Kaji Selidik Generasi Z Di Malaysia. Retrieved January 28, 2017, from http://www.khirkhalid.com/2015/03/kaji-selidik-generasi-z-di-malaysia.html


Penulis boleh dihubungi melalui emel: muhammadadamiium@gmail.com

Tuesday, 17 January 2017

Posted by Muhammad Adam bin Roslan |
The purpose of this short article is not to help the school leavers to evaluate which course is the best for them. Nevertheless, the main intention is to explain the reality that have happened based on my experience and observation and to answer the question that has been raised above. Some university students had argued that to solve the economy problem, only economy students has the authority. Then, the argument will be countered by another arguments. I had also watched a man stated that the accountant always be a problem to the economist.


So is it worthy to have this kind of fight? Do we need to involve to this kind of discussion? My answer is absolutely not because it is really wasting our time. My opinion is simple, everyone has their own role to contribute something to our economy and I believe there is no one single person in this world can know everything in this world. Therefore, we should not join this kind of battle and just focus on our knowledge development. Respect each other. Thank you for reading.

The writer can be contacted through muhammadadamiium@gmail.com