Monday, 26 August 2019

Posted by Muhammad Adam bin Roslan |

Selain daripada makan gaji, kita ada pilihan sama ada nak berniaga atau bekerja makan gaji untuk sara hidup kita. Sekarang ni ramai dah jadi usahawan jual macam-macam produk dan servis. Strategi perniagaan ada banyak. Kalau ada belajar subjek berkaitan dengan perniagaan, banyak sumber boleh dirujuk untuk cari strategi kembangkan perniagaan. Biasanya kualiti dan harga produk dan servis tu dua elemen utama orang nak tengok sebelum buat pilihan sama ada nak beli ke tak.

Tapi ada segelintir manusia ni guna strategi meminta simpati orang untuk beli produk dan servis mereka atas alasan-alasan tertentu. Contohnya, ada yang nak kahwin, ada yang nak tolong mak ayah dan macam-macam lagi. Memang tak boleh nak nafi usaha mereka nak keluar daripada kesusahan melalui jalan perniagaan tu satu usaha yang baik dan memang patut dipuji. Sebab tak semua orang pilih jalan tu. Ramai lagi yang malas nak usaha, asyik harap bantuan je. Tapi aku tengok makin ramai yang guna cara tu. Terutamanya kat media sosial. Korang rasa patut ke?

Benda ni sensitif jugak la kalau nak bincang. Pendapat aku la, para usahawan ni tak patut pasarkan atau iklankan kesusahan diorang kat orang ramai untuk beli produk dan servis diorang. Itu badan kebajikan punya kerja sebab nak minta sumbangan orang ramai. Sebaliknya, diorang sendiri kena pastikan kualiti produk tu mantap, harga pun baik, cara korang nak iklankan pon menarik, tempat meniaga pon strategik dan cuba jual sesuatu yang lain dan baru. Nampak tak betapa banyak sebenarnya cara nak kembangkan perniagaan ni? Sebab bila kau nak masuk dunia perniagaan, kau kena bersaing dengan peniaga lain. Kau kena pikir la macam mana nak menang.

Ala.. macam pertandingan bola la. Mana ada orang nak menang dengan simpati orang. Kalau nak menang, kau kena mantapkan pemain kau, strategi permainan kau dan macam-macam lagi la. Kalau harap simpati orang bagi kau menang, baik tak payah buat pertandingan!

Aku paling tak setuju kalau ada syarikat yang dah nak bungkus lepas tu minta simpati orang untuk beli produk dan servis dia dan minta sumbangan orang ramai untuk selamatkan syarikat dia. Bukan ke kelemahan syarikat tu selalunya datang daripada kelemahan pengurusan? Dalam dunia perniagaan yang mencabar sekarang ni, tambah pula teknologi dah makin canggih, ekonomi dunia tak menentu, generasi manusia pon dah makin berubah wataknya, pihak pengurusan kena kreatif dan inovatif untuk pastikan perniagaan syarikatnya boleh bertahan dalam tempoh yang lama. Cuba tengok McDonald, dah berapa lama dah dia bertapak kat dunia ni? Zaman berubah, tapi premis-premis perniagaan McDonald kat Malaysia ni jarang kau tengok kosong kan? Padahal orang ada banyak pilihan kot nak makan kat mana dan makan apa.

            Apa pun, pilihan tetap terletak kat tangan kita sebagai pengguna. Kita bebas untuk pilih nak beli ke tidak. Tapi nasihat aku, mulai sekarang, eloklah kita fikir dulu sebelum beli. Janganlah beli sebab kesian. Disebabkan kesian la aku beli keropok dari sorang manusia ni yang jalan dari meja ke meja makan, lepas tu rasa membazir sebab keropok tu rasa tak sedap! Membazir duit aku. Kebanyakan kita ni bukannya kaya sangat. Inilah cara nak uruskan kewangan kita.

Sekian.


Penulis boleh dihubungi melalui emel muhammadadamiium@gmail.com


0 comments: