Thursday, 12 September 2019

Posted by Muhammad Adam bin Roslan |

Kalau kat medan selera, biasanya kita boleh je makan kat mana-mana meja, walaupun kita beli makanan dan minuman kat kedai lain. Benda ni biasa kalau makan kat medan selera dalam pusat membeli belah atau kat kawasan Rehat dan Rawat (RnR) lebuh raya misalnya. Yela, kita dah biasa anggap medan selera ni tempat awam. Tapi, ada sesetengah medan selera, benda ni tak berlaku.

Banyak kali juga aku perasan, ada medan selera tu warna meja lain-lain. Kalau beli makanan kat kedai tu, kau cuma boleh makan kat meja warna tu je. Kalau kau makan kat meja warna lain, nanti akan ada la orang tegur kau minta kau makan kat meja lain sebab tu kawasan dia, paling-paling tak pun kena pandang semacam. Aku pernah gak kena macam tu. Tapi bagus ke macam tu?

Aku tak tau sistem sewaan semua medan selera kat Malaysia ni sama ke tak. Sebab pada aku konsep medan selera ni, semua peniaga cuma akan ada lot untuk diorang masak dan ada ruang depan untuk diorang letak makanan dengan tempat pelanggan nak bayar. Kira kat satu tapak kecik la. Selain daripada tu, dikira kawasan awam (“common area”) dan pelanggan boleh je nak duduk kat mana-mana dan selama mana yang diorang nak. Tapi, kalau peniaga-peniaga ni ada sewa sekali kawasan pelanggan nak makan tu, itu memang hak dia la kan nak halau kita makan kat meja lain.

Aku  pernah makan kat satu medan selera ni. Aku beli makanan kat kedai A, lepas tu makan kat kawasan meja kedai B sebab meja kat Kedai A dah penuh. Tiba-tiba lepas tu ada orang kedai B cakap elok-elok kat aku makan kat meja lain. Aku pun cari jugak la ruang kosong dan akhirnya kongsi meja dengan sorang pak cik ni. Tapi ada satu pelanggan tu, dia tanya pekerja kat kedai A, boleh ke dia nak makan kat meja kedai C? Pekerja kedai A cakap boleh je. Lepas tu aku tengok pelanggan tu elok je makan kat kedai C, tak kena halau pun.

            Pada aku la. Benda ni bukan la isu besar sangat. Kalau kita ada semangat setiakawan dan nak bersaing secara sihat, bagi aku takda masalah pun kau nak bagi pelanggan lain nak makan kat kawasan kedai kau, walaupun kawasan tu kau punya. Aku selalu tengok kedai B tu takda orang. Aku tak tau kenapa dan tak berani la nak cuba makanan dia (takut tak sedap). Kalau kita nak meniaga kita laku, kita kena tengok apa yang kita jual, harga jualan dan macam mana cara kita jual. Banyak lagi la faktor-faktor lain yang boleh tarik minat orang nak beli makanan kita ni.

            Medan selera ni bukan sama macam restoran biasa yang kita pergi tu. Sebab restoran biasa memang dah jelas kat pandangan kita, itu kawasan dia. Pada aku, tak wajar la peniaga-peniaga ni nak sekat orang lain makan kat kawasan dekat dengan kedai diorang, nampak macam hubungan sesama peniaga tu tak berapa nak baik. Tapi kalau dah tu kawasan korang, kitorang sebagai pelanggan pun terpaksa la hormat.



Gambar hiasan


0 comments: