Tuesday 3 September 2013

Posted by Muhammad Adam bin Roslan |
Gambar Hiasan 
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Tujuan menulis bukanlah nak melaporkan berita tentang kenaikan harga minyak petrol Ron95 kerana saya pasti majoriti rakyat di Malaysia sudah maklum tentang hal ini. Ini merupakan satu pandangan peribadi saya sebagai seorang manusia dan pelajar biasa. Jadi, saya sangat memerlukan tunjuk ajar kalian dan komen yang membina agar banyak perkara yang boleh saya belajar nanti.

Sejujurnya, saya sangat tidak bersetuju dengan kenaikan harga petrol Ron95. Ini bukan untuk saya seorang. Ini untuk rakyat. Sudahlah kita mengalami kenaikan harga gula dan ayam dahulu, kini petrol pula. Mungkin ada antara kita(rakyat Malaysia) tak sempat nak melaksanakan perancangan kewangannnya untuk menghadapi tekanan kenaikan harga barang keperluan mereka. Namun, kenaikan harga petrol semalam benar-benar mengejutkan saya.

Saya berasa amat kasihan dengan orang yang berpendapatan sederhana dan rendah. Cuba bayangkan jika orang yang berpendapatan sederhana mengalami tekanan, apatah lagi mereka yang bergaji sekitar RM1200 ke bawah atau mereka yang tidak mempunyai gaji yang tetap? Cuba kita letakkan diri kita berada di tempat mereka terutamanya buat mereka yang bergaji tinggi. Anda perlu merasai seperti mereka. Bayangkan, gaji rendah, tanggungan banyak terutamanya keluarga, kos hidup pula meningkat.

Bagaimana pula dengan masa depan anak-anak muda kita? Ramai lagi pelajar yang menggunakan PTPTN untuk menampung pembelajaran mereka. Sudahlah tekanan hutang masih belum selesai, inikan lagi kos hidup yang semakin meningkat.

Walaubagaimanapun, perkara yang paling membimbangkan saya ialah kadar inflasi negara yang berpotensi untuk meningkat. Saya takut dengan hal ini. Saya takut kenaikan harga barang akan berlaku lagi. Sebelum ini, naik atau tidak harga petrol pun ada berlaku kenaikan harga barang.

Menaikkan gaji bukanlah cara yang terbaik untuk selesaikan masalah ini.

1) Kenaikan gaji tidaklah setimpal dengan kenaikan kos hidup terutamanya bagi mereka yang berpendapatan golongan sederhana dan rendah. Golongan ini sangat ramai bilangannya.
2) Semakin lama anda akan merasakan duit yang anda ada tu dah tak bernilai. Saya ambil contoh:

Kalau sebelum ini anda akan hanya membawa RM1 untuk membeli sebungkus nasi lemak.
Jika inflasi berlaku, boleh jadi anda akan membawa RM10 untuk membeli hanya sebungkus nasi lemak selepas itu.
Jika inflasi tidak dibendung atau tidak dikawal, boleh jadi anda akan membawa RM100 untuk membeli sebungkus nasi lemak!

Cuba anda perhatikan negara-negara mengalami kadar inflasi yang teruk. Anda akan dapat menyaksikan penduduknya membawa wang kertas yang banyak untuk membeli barang-barang. Adakah negara kita akan mengalami seperti itu?

Reaksi umum

Ada yang sangat marah dengan kenaikan harga petrol. Persoalannya, adakah sekadar berasa marah sahaja akan memulihkan keadaan? Didiklah diri untuk bersabar walau apa jua keadaan. Contohi perjuangan Rasulullah, ketika baginda ditekan di kota Makkah dahulu, adakah baginda marah? Tidak. Baginda masih bertenang.

Kita boleh menyatakan tidak bersetuju, namun tak perlu terlalu mengikut emosi sehingga mencaci. Berdiam bukan bermakna kita tunduk. Ada cara yang lebih baik dan beradab. Apa yang paling penting ialah kita perlu mula merencana strategi baru untuk memulihkan keadaan keadaan ekonomi negara kita. Kita perlu ada usaha, bukan sekadar bersuara. Kalau kita gagal sekalipun, sekurang-kurangnya kita ada usaha yang Allah akan nilai nanti daripada kita hanya duduk diam tidak melakukan apa-apa.

Saya juga ingin menyeru kepada semua pelajar yang mengambil jurusan ekonomi dan segala bidang berkaitan untuk sama-sama membuat kajian, berfikir dan meluaskan ilmu pengetahuan untuk bertindak. Jangan terlalu terikut-ikut emosi orang lain kerana kita ada kelebihan dalam bidang ini. Mari kita lakukan tanggungjawab ini bersama. In Shaa Allah kita akan berjaya.

Jika ada pendapat/persoalan, boleh ajukan melalui:
1) Komen di bawah
2) Facebook- Muhammad Adam(Perintis Muda)
3) Twitter- @AdamRoslan1


5 comments:

invi said...

Sedih sangat dengan sikap pemimpin, meraka kata meraka akan tetapkan harga minyak seperti yang dijanjikan dalam manifesto PRU 13, malangnya mereka tidak mengotakan janji mereka, itu pun masih ada manusia yang menyokong pemerintah sebegini.

Azzam Yani said...

Salam, pertama sekali, saya bukan berniat untuk menyebelah mana mana pihak, cuma memberi pandangan yang berbeza agar diskusi lebih bermakna.

Saya secara peribadi tidak terkejut dengan kenaikan harga petrol ini. Kerana telah lama dimaklumkan bahawa subsidi akan ditarik sepenuhnya secara ansuran atas cadagan Datuk Idris Jala sejak 2010 http://www.thestar.com.my/story.aspx?file=%2F2010%2F5%2F27%2Fnation%2F20100527171008.

Tidak banyak negara juga yg mampu atau bersetuju dgn mekanisme subsidi.Perkara yg saya risau ialah tahap kebergantungan masyarakat terhadap kerajaan yg terlalu tinggi menyebabkan mentaliti kita tidak bersedia menghadapi realiti global secara keseluruhan.

Saya cuma berharap kerajaan boleh terus fokus membantu golongan yg betul betul memerlukan dan bukan polisi yang inklusif melibatkan orang kaya dan pertengahan juga menikmati subsidi yg lebih daripada kemampuan mereka.

Dalam jangka masa panjang, kenaikan harga minyak tidak akan dapat dibendung. Rakyat perlu mencari alternatif dan dididik dgn alternatif tersebut. Namun, usaha menaik taraf pengangkutan awam haruslah dipertingkat sperti pembinaan MRT dan lain2.

Walaupun kadar inflasi negara masih berada pada tahap terkawal iaitu 2-5%, namun itu bukanlah alasan untuk kekal dalam situasi tersebut. Kerajaan perlu memainkan peranan utk mebendung inflasi dgn pengawalan harga tetap, kadar faedah dan sebagainya.

Pengurangan subsidi telah mendapat reaski positif dr masyarakat antarabangsa seperti pelabur dan penganalisis ekonomi, dan nilai riggit telah meningkat kesan drpada langkah ini http://t.co/iPfYSYe8RO

Apa2 pun, semua langkah mempunyai baik dan buruknya. Mungkin ada hikmah yg tidak kita ketahui. Wallahualam.

Muhammad Adam bin Roslan said...

Invi: Terima kasih atas perhatian anda.. :)

Azzam: Ya, saya amat bersetuju dengan anda. Sudah tiba masa untuk kita sedarkan rakyat kita untuk berusaha untuk keluar daripada zon selesa. :)

زليخا said...

wah..itu dia budak econ bersuara. sebut fasal inflasi teringat pernah belajar subjek ekonomi asas masa skolah menengah dulu,

Muhammad Adam bin Roslan said...

haha.. masih kurang lagi ilmu :)