Ada sebahagian manusia
menganggap perbezaan pendapat itu selalunya akan mencetuskan pergaduhan dan
membawa ke arah perpecahan umat. Sebenarnya, itu semua bergantung terhadap
tahap keegoan yang ada pada diri seseorang. Sekiranya seseorang itu sedar
bahawa ilmu yang ada pada dirinya hanyalah kecil, mungkin tidak sampai setitis
air di lautan, maka dia akan lebih mudah untuk menerima pendapat diri dan
secara tidak langsung dia telah membentuk sikap merendah diri dalam dirinya.
Semua insan perlu
menerima bahawa manusia melalui proses pendewasaan pemikiran mengikut jalan
yang berbeza-beza. Maka, tahap ilmu yang ada pada setiap seseorang juga
berlainan dan menghasilkan pandangan dari pelbagai sudut terhadap sesuautu
perkara. Selain itu juga, manusia pada zaman ini perlu akui bahawa kita tidak
boleh menguasai dan menjadi pakar dalam semua bidang ilmu. Oleh itu, dengan
adanya perbezaan pendapat ini seharusnya menjadikan satu medium untuk kita
saling-melengkapi dan seterusnya menghasilkan perpaduan umat atas
kebergantungan kita antara satu sama lain.
Takut-takut pula kita
fikir bahawa kita sudah cukup bagus kerana terlalu lama bercakap tanpa diganggu
oleh perbezaan pendapat yang dikemukan oleh orang lain. Inilah menyebabkan kita
akan menjadi riak terhadap ilmu yang ada pada diri kita, sikap sombong dan ego
juga semakin menebal dalam diri kita. Perbezaan pendapat akan mengajar kita
untuk merendah diri kerana sudah pasti perbezaan itu akan menguji tahap
kesabaran dan keegoan yang ada pada diri kita
Perbezaan pendapat amat
penting kerana dengan adanya perbezaan akan membantu kita untuk mendapatkan
idea yang sangat bernas dan pandangan yang cukup kritikal. Sesebuah organisasi
yang terdiri daripada ‘satu kepala’ tidak mungkin akan bertahan lama kerana
kemungkinan besar organisasi tersebut tidak mampu untuk menghadapi cabaran yang
pelbagai dewasa ini disebabkan satu pandangan yang mudah diterima oleh semua
ahli organisasi.
Sekiranya perasaan
marah atau tidak puas hati timbul apabila ada orang lain yang cuba berhujah
untuk melawan hujah kita atau menyatakan tidak setuju terhadap hujah kita, maka
buangkanlah perasaan marah itu cepat-cepat. Dengar dengan teliti apa yang cuba
nak disampaikan oleh orang tersebut. Janganlah kita membalas dengan emosi
kerana perbuatan tersebut menunjukkan kita sebenarnya sudah terima kekalahan
hujah kita. Mana tahu, itu merupakan satu ilmu baru untuk kita.
Oleh itu, perbezaan
pendapat mampu membantu kita untuk membentuk sikap diri kita dalam mencari ilmu
pengetahuan di dunia ini.
0 comments:
Post a Comment