Pada malam 17 Ogos 2014, penulis dikejutkan dengan
satu berita yang sangat megejutkan dan menggerukan hati penulis. Dari
perasaan gerun itu bertukar menjadi sedih dan penulis tidak mampu lagi
menahan air mata apabila terkenangkan seorang senior perjuangan penulis iaitu
saudara Abu Qassim Nor Azmi. Penulis selalu memanggil beliau Abang Abu.
Abang Abu pernah menyertai Persatuan Pelajar Islam Negeri
Sembilan(PPINS), menjadi penggerak utama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam
Malaysia(PKPIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM). Abang Abu juga
pernah menjawat sebagai ahli Exco Majlis Belia Islam dan menjadi penggerak
utama dalam projek Komuniti ASEAN.
Hubungan penulis dengan Allahyarham
agak rapat. Mula mengenali beliau ketika penulis masih
baru dalam Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan, pada tahun 2011 ketika
Muktamar PPINS, ABIMNS dan WADAHNS.
Penulis juga pernah mengikuti beliau dalam perjuangan dan menziarahi rumah beliau
bersama isteri beliau, Kak Sad(nama yang dipanggil penulis).
Selepas Persidangan
Meja Bulat Kepengerusian ASEAN 2015 Peringkat PKPIM, Abang Abu sudah mula
memberikan perhatian kepada penulis untuk meggerakkan projek komuniti
ASEAN itu. Abang Abu pernah menawarkan penulis secara peribadi
untuk menjadi pencatat bagi slot Transformasi Ekonomi ASEAN dalam
ASEAN Youth Leader Summit yang telah berlangsung baru-baru ini. Sungguh,
penulis sangat terhutang budi dengan abang Abu.
Abang Abu memang pernah petah bercakap.
Itu memang tidak dapat dinafikan kerana penulis sering mendegar
cerita dari mulut orang tentang kelebihan abang Abu. Alhamdulillah,
penulis pernah juga melihat sendiri cara abang Abu menyampaikan
tazkirah dan membuat pembentangan.
Kini, Abang Abu sudah pun pergi.
Peristiwa Abang Abu dilanggar oleh sebuah lori itu benar-benar
mengesankan jiwa penulis.
Pengajaran
Sememangnya pemergian
seseorang itu memberikan pengajaran yang cukup besar
untuk kita mengingati mati. Kita perlu berasa takut kepada Allah
kerana kematian itu tidak mengenal usia. Abang Abu pergi pada
usia yang muda, begitu juga Ahmad Ammar yang juga
telah pergi meninggalkan kita.
Walaubagaimanapun, bukanlah bermaksud
tindakan kita selepas melihat pemergian tokoh-tokoh pejuang
terdahulu dengan hanya berasa takut, bertaubat
dan menyerahkan hidup kepada Allah semata-mata. Sebaliknya
kita perlu sedar akan amal kita yang sememangnya
kurang, pengorbanan jihad kita yang sangat sedikit.
Seeloknya hendaklah
kita bermuhasabah. Muhasabah tentang sejauh mana kita ini
benar-benar berjuang di jalan Allah. Selepas pemergian Ahmad Ammar,
penulis masih melihat ada lagi yang masih jarang untuk hadir ke
usrah, diskusi tentang isu-isu semasa dan menyertai program-program
dakwah dan tarbiyah. Jadi, adakah dengan berasa sedih
itu sudah cukup untuk kita bergelar mujahid
di akhirat kelak? Itulah yang harus berada di benak fikiran
bagi pemuda-pemuda yang masih dikurniakan nyawa dan akal.
Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah
atas kurniaan nikmat iman, akal dan nyawa, marilah
kita menggunakan nikmat-nikmat tersebut di jalan Allah. Ringankanlah kaki
untuk hadir ke majlis ilmu dan usrah. Ringankanlah badan untuk solat
berjemaah. Jangan tidur terlalu banyak. Usah terlalu culas
untuk menjadi penggerak dakwah, buat kerja sama-sama. Banyakkanlah
membaca buku dan berbincang tentang perkara-perkara yang berfaedah.
Moga ada perubahan untuk diri
kita selepas ini.
Monolog
"Abang Abu, saat Adam membuat coretan ini, Adam
masih lagi berasa sedih atas pemergian abang Abu. Mata Adam
ini sudah terasa sakit untuk menangis lagi."
"Abang Abu, saat Adam menulis
artikel ini, Adam masih lagi rindukan abang Abu. Adam
sangat berharap Allah berikan kekuatan untuk Adam teruskan perjuangan
ini. Semoga Abang Abu berada di syurga dan ditempatkan dalam kalangan
para syuhada'."
"Abang Abu. Kini Abang
Abu dah pergi. Adam harap ada orang seperti Abang Abu atau lebih
baik lagi untuk tunjuk ajar kepada Adam dan bimbing Adam pada
masa akan datang."
"Selamat berehat Abang Abu. Adam yakin Abang Abu
bukanlah orang yang biasa-biasa. Adam yakin Abang Abu
akan mendapat kemudahan untuk ke syurga."
Daripada adinda Adam, yang masih sebak apabila mengenangkanmu, wahai
kekanda Abu.
4 comments:
semoga beliau bersama orang yg soleh... amin...
sabar ye. sebak jugak baca entry ni walaupun x kenal arwah ni.
takziah ye. Allah lebih sayangkan arwah. semoga arwah ditempatkan dlm klgn org beriman dan beramal soleh.
Terima kasih atas ucapan. :)
Just teringat abu qassim.. al fatihah utk sahabat yg hampir sempurna..
Post a Comment