Tuesday, 4 October 2016

Posted by Muhammad Adam bin Roslan |
Kemajuan dalam bidang teknologi bukanlah kayu ukur utama untuk menilai tahap keilmuan rakyat di sesebuah negara walaupun tak dinafikan teknologi itu sangatlah penting. Namun, hakikatnya perkembangan teknologi itu hanyalah dua perkara.
Pertamanya, teknologi merupakan alat untuk memudahkan urusan kehidupan. Manusia tidak boleh hanya terlalu bergantung harap terhadap teknologi demi meneruskan kehidupan. Jika teknologi yang digantung harap itu tidak ada, maka mereka terus gelabah dan tidak tahu nak buat apa. Manusia juga akan menjadi lebih malas.
Keduanya, produk daripada buah fikiran manusia. Manusia berusaha berfikir untuk menghasilkan sesuatu yang baik untuk masyarakat.
Kita akui masyarakat Muslim amat perlahan dalam menghasilkan alat-alat teknologi yang baru dan buah fikiran yang boleh dibanggakan. Jika kita benar-benar buat pemerhatian orang Muslim banyak melakukan perkara di bawah:
1) Membawa masuk produk-produk barat ke dalam negara dan menyatakan itu sesuatu yang 'baru'. Hakikatnya di negara itu perkara yang baru bagi mereka, tetapi di peringkat antarabangsa produk itu sudah lama.
2) "Mengislamkan" produk-produk dan servis sedia ada. Contoh: Pakej Percutian Islamik, Pakaian Islamik dan Kompas Islamik. Selain itu, ada pula yang menggunakan agama untuk melariskan jualan mereka. Cukup sahaja dengan menggunakan ayat-ayat dari Al-Quran dan Hadith untuk membenarkan perbuatan mereka.
3) Banyak mengubah suai produk sedia ada terutamanya makanan seperti pisang cheese (asalnya pisang goreng sahaja) dan konsep Hipster.
4) Banyak menggunakan produk-produk sedia ada sahaja. Tidak ada usaha untuk hasilkan sesuatu yang baru.

Pandangan kecil sahaja.

Penulis boleh dihubungi melalui muhammadadamiium@gmail.com

0 comments: