Monday, 30 January 2017

Posted by Muhammad Adam bin Roslan |
Tujuan artikel ini ditulis ini ialah untuk membantu para pembaca dan masyarakat umum untuk memahami siapakah itu Generasi Z yang kini sudah pun berada di dalam institusi pengajian tinggi. Penulisan ini juga didorong oleh kurangnya kajian mengenai generasi terbaharu ini. Di Malaysia, kita masih banyak bercakap mengenai Generasi Y yang sebahagian besarnya sudah pun masuk ke dalam alam pekerjaan. Maka, saya beranggapan kita perlu mula memberikan perhatian kepada generasi Z kerana merekalah yang akan mencorakkan masyarakat dan negara kita pada masa akan datang.

Diharapkan agar penulisan kecil ini dapat memberikan pemahaman kepada semua golongan agar dapat mengurangkan konflik antara generasi, konflik antara pihak majikan dengan graduan IPT serta pekerja baru dan juga antara ibu bapa dan pensyarah atau guru dengan anak-anak dan anak murid. Saya menulis artikel ini berdasarkan pembacaan saya terhadap banyak hasil kajian, tulisan akademik dan juga artikel yang dibuat oleh pelbagai pihak. Terima kasih buat mereka.

Siapakah Generasi Z?

Menurut Ernst & Young, salah satu firma audit terbesar di dunia, mereka menyatakan bahawa Generasi Z ialah mereka yang lahir pada selepas tahun 1997. Menurut William (2016) pula, ialah mereka yang lahir pada selepas tahun 1995. Sudrajat (2012) menyatakan sejak 1995 dan Khalid (2015) juga mempunyai pendapat yang sama. Terdapat juga kajian mengatakan Generasi Z ialah mereka yang dilahirkan sejak 1995 sehingga 2009 (Mahani & Nazlinda, 2015). Saya lebih cenderung untuk menyatakan bahawa Generasi Z ialah mereka yang lahir sejak tahun 1996 (selepas 1995) selepas melihat ada perubahan yang berlaku pada generasi pelajar yang lebih muda daripada saya ketika saya belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Hal ini bermakna, kumpulan generasi Z yang paling tua ketika penulisan ini dibuat ialah mereka yang sedang berumur 20 atau 21 tahun (bergantung pada tarikh hari jadi masing-masing). Ini menunjukkan juga bahawa sebahagian daripada mereka sudah pun berada di dalam universiti dan kolej.

Generasi Z merupakan generasi yang sangat celik dan mahir dalam bidang teknologi maklumat. Mereka dilahirkan dan dibesarkan dengan telefon pintar, mereka telah mula melayari internet ketika masih kecil lagi serta ada juga yang sudah mempunyai akaun media sosial ketika berada dalam fasa kanak-kanak. Ada yang menggelarkan mereka sebagai generasi teknologi (Mahani & Nazlinda, 2015). Khalid (2015) pula mengatakan bahawa mereka ialah generasi ‘hyper-connected’. Kaji selidik mendapati 80% dari kalangan mereka menghabiskan masa secara purata 8 jam sehari dengan internet, dengan 47% merasakan kehidupan mereka seolah-olah tidak lengkap jika tidak ber'online' (Khalid, 2015). Malah, Accounting Principals, dalam kajiannya ada menyatakan Generasi Z boleh membuat pelbagai tugas sekurang-kurangnya lima skrin sehari (William, 2016).

“Gen Z-ers multitask across at least five screens a day and spend 41 percent of time outside of school/work with computers or mobile devices compared to 22 percent of Millennials 10 years ago.”

Apa beza antara Generasi Z dengan Generasi Y? Tim Elmore (2014) ada menggariskan perbezaan antara kedua-dua generasi tersebut seperti di bawah:

1. While Generation Y spent money boldly and with few boundaries, 57% of Generation Z prefers saving money to spending it.

2. While Generation Y spent loads of time at the mall, Generation Z prefers shopping online for almost all their purchases… except for online games. Hmmm.

3. While Generation Y grew up during a strong economy, Generation Z is growing up in a time of recession, terrorism, violence, volatility, and complexity.

4. While Generation Y subscribed to everything social, Generation Z doesn’t want to be tracked, preferring Snapchat, Secret, or Whisper to communicate.

5. While Generation Y watched YouTube, Hulu and Netflix, Generation Z wants to co-create, live stream, and help to make up the activity as they participate.

6. While Generation Y loved sports and adventure, Generation Z sees sports as a health tool, not for play. Their games are inside. Teen obesity has tripled since 1970.

7. While Generation Y grew up with slightly longer attention spans, Generation Z has an attention span of 8 seconds. Approximately 11% have ADHD.

8. While Generation Y initiated text messages as a norm, Generation Z prefers communicating through images, icons and symbols.

9. While Generation Y worried about their growing social status and their “likes” on social media, Generation Z worries about the economy and world ecology.

10. While Generation Y enjoyed a life that revolved around them, Generation Z plans on coping with multi-generational households and marriages (400% increase).


Apa yang saya boleh rumuskan ialah generasi Z tidak boleh dianggap sebagai generasi kesinambungan dengan generasi Y kerana perbezaan itu berlaku akibat suasana sosial dan ekonomi yang mereka alami semasa dalam proses kelahiran, pembesaran dan pendewasaan berbeza dengan generasi Y. Sudah pasti suasana itu memberikan kesan terhadap sikap dan sifat mereka. Saya harap artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua untuk lebih memahami. Dengan adanya pemahaman yang baik, bolehlah kita cari langkah yang terbaik untuk membangunkan generasi yang masih muda ini.

Terima kasih atas kesudian untuk membaca artikel ini. Sebarang komentar yang membina amatlah dialu-dialukan.


Rujukan:

Elmore, T. (2014, August 15). How Generation Z Differs from Generation Y. Retrieved January 28, 2017, from https://growingleaders.com/blog/generation-z-differs-generation-y/

William, D. (2016, July 7). Millennials vs Generation Z: What Employers Must Know (Infographic). Retrieved January 28, 2017, from https://smallbiztrends.com/2016/07/millennials-vs-generation-z.html

Merriman, M. (2015). Rise of Gen Z: New Challenge for Retailers (pp. 1-12, Publication). Ernst & Young LLP. Retrieved January 28, 2017, from http://www.ey.com/Publication/vwLUAssets/EY-rise-of-gen-znew-challenge-for-retailers/%24FILE/EY-rise-of-gen-znew-challenge-for-retailers.pdf

Sudrajat, A. (2012, October 5). Generasi Z dan Implikasinya terhadap Pendidikan [Web log post]. Retrieved January 28, 2017, from https://akhmadsudrajat.wordpress.com/2012/10/05/generasi-z-dan-implikasinya-terhadap-pendidikan/

Mahani, S., & N. (2015). Generasi Z: Tenaga Kerja Baru dan Cabarannya. Retrieved January 28, 2017, from http://docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/2015/Generasi_Z.pdf


Khalid, K. (2015). Kaji Selidik Generasi Z Di Malaysia. Retrieved January 28, 2017, from http://www.khirkhalid.com/2015/03/kaji-selidik-generasi-z-di-malaysia.html


Penulis boleh dihubungi melalui emel: muhammadadamiium@gmail.com

3 comments:

Unknown said...

A very good synthesis of facts on the younger generations. It helps readers to understand them better. Keep up the good work, you will become a good write in the future, inshaaAllah.

Dr Maya Puspa, IIUM.

Unknown said...

A very good synthesis of facts on the younger generations. It helps readers to understand them better. Keep up the good work, you will become a good write in the future, inshaaAllah.

Dr Maya Puspa, IIUM.

Muhammad Adam bin Roslan said...

Thank you, madam..