Tujuan artikel ini
ditulis ini ialah untuk membantu para pembaca dan masyarakat umum untuk
memahami siapakah itu Generasi Z yang kini sudah pun berada di dalam institusi
pengajian tinggi. Penulisan ini juga didorong oleh kurangnya kajian mengenai
generasi terbaharu ini. Di Malaysia, kita masih banyak bercakap mengenai
Generasi Y yang sebahagian besarnya sudah pun masuk ke dalam alam pekerjaan.
Maka, saya beranggapan kita perlu mula memberikan perhatian kepada generasi Z
kerana merekalah yang akan mencorakkan masyarakat dan negara kita pada masa
akan datang.
Diharapkan agar penulisan
kecil ini dapat memberikan pemahaman kepada semua golongan agar dapat
mengurangkan konflik antara generasi, konflik antara pihak majikan dengan
graduan IPT serta pekerja baru dan juga antara ibu bapa dan pensyarah atau guru
dengan anak-anak dan anak murid. Saya menulis artikel ini berdasarkan pembacaan
saya terhadap banyak hasil kajian, tulisan akademik dan juga artikel yang
dibuat oleh pelbagai pihak. Terima kasih buat mereka.
Siapakah
Generasi Z?
Menurut Ernst &
Young, salah satu firma audit terbesar di dunia, mereka menyatakan bahawa
Generasi Z ialah mereka yang lahir pada selepas tahun 1997. Menurut William
(2016) pula, ialah mereka yang lahir pada selepas tahun 1995. Sudrajat (2012)
menyatakan sejak 1995 dan Khalid (2015) juga mempunyai pendapat yang sama.
Terdapat juga kajian mengatakan Generasi Z ialah mereka yang dilahirkan sejak
1995 sehingga 2009 (Mahani & Nazlinda, 2015). Saya lebih cenderung untuk
menyatakan bahawa Generasi Z ialah mereka yang lahir sejak tahun 1996 (selepas
1995) selepas melihat ada perubahan yang berlaku pada generasi pelajar yang
lebih muda daripada saya ketika saya belajar di Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM).
Hal ini bermakna,
kumpulan generasi Z yang paling tua ketika penulisan ini dibuat ialah mereka
yang sedang berumur 20 atau 21 tahun (bergantung pada tarikh hari jadi
masing-masing). Ini menunjukkan juga bahawa sebahagian daripada mereka sudah pun
berada di dalam universiti dan kolej.
Generasi Z merupakan
generasi yang sangat celik dan mahir dalam bidang teknologi maklumat. Mereka
dilahirkan dan dibesarkan dengan telefon pintar, mereka telah mula melayari
internet ketika masih kecil lagi serta ada juga yang sudah mempunyai akaun
media sosial ketika berada dalam fasa kanak-kanak. Ada yang menggelarkan mereka
sebagai generasi teknologi (Mahani & Nazlinda, 2015). Khalid (2015) pula
mengatakan bahawa mereka ialah generasi ‘hyper-connected’.
Kaji selidik mendapati 80% dari kalangan mereka menghabiskan masa secara purata
8 jam sehari dengan internet, dengan 47% merasakan kehidupan mereka seolah-olah
tidak lengkap jika tidak ber'online' (Khalid, 2015). Malah, Accounting
Principals, dalam kajiannya ada menyatakan Generasi Z boleh membuat pelbagai
tugas sekurang-kurangnya lima skrin sehari (William, 2016).
“Gen
Z-ers multitask across at least five screens a day and spend 41 percent of time
outside of school/work with computers or mobile devices compared to 22 percent
of Millennials 10 years ago.”
Apa beza antara Generasi
Z dengan Generasi Y? Tim Elmore (2014) ada menggariskan perbezaan antara
kedua-dua generasi tersebut seperti di bawah:
1.
While Generation Y spent money boldly and with few boundaries, 57% of
Generation Z prefers saving money to spending it.
2.
While Generation Y spent loads of time at the mall, Generation Z prefers
shopping online for almost all their purchases… except for online games. Hmmm.
3.
While Generation Y grew up during a strong economy, Generation Z is growing up
in a time of recession, terrorism, violence, volatility, and complexity.
4.
While Generation Y subscribed to everything social, Generation Z doesn’t want
to be tracked, preferring Snapchat, Secret, or Whisper to communicate.
5.
While Generation Y watched YouTube, Hulu and Netflix, Generation Z wants to
co-create, live stream, and help to make up the activity as they participate.
6.
While Generation Y loved sports and adventure, Generation Z sees sports as a
health tool, not for play. Their games are inside. Teen obesity has tripled
since 1970.
7.
While Generation Y grew up with slightly longer attention spans, Generation Z
has an attention span of 8 seconds. Approximately 11% have ADHD.
8.
While Generation Y initiated text messages as a norm, Generation Z prefers
communicating through images, icons and symbols.
9.
While Generation Y worried about their growing social status and their “likes”
on social media, Generation Z worries about the economy and world ecology.
10.
While Generation Y enjoyed a life that revolved around them, Generation Z plans
on coping with multi-generational households and marriages (400% increase).
Apa yang saya boleh
rumuskan ialah generasi Z tidak boleh dianggap sebagai generasi kesinambungan
dengan generasi Y kerana perbezaan itu berlaku akibat suasana sosial dan
ekonomi yang mereka alami semasa dalam proses kelahiran, pembesaran dan
pendewasaan berbeza dengan generasi Y. Sudah pasti suasana itu memberikan kesan
terhadap sikap dan sifat mereka. Saya harap artikel ini sedikit sebanyak dapat
membantu anda semua untuk lebih memahami. Dengan adanya pemahaman yang baik,
bolehlah kita cari langkah yang terbaik untuk membangunkan generasi yang masih
muda ini.
Terima kasih atas
kesudian untuk membaca artikel ini. Sebarang komentar yang membina amatlah
dialu-dialukan.
Rujukan:
Elmore, T. (2014, August
15). How Generation Z Differs from Generation Y. Retrieved January 28, 2017,
from https://growingleaders.com/blog/generation-z-differs-generation-y/
William, D. (2016, July 7). Millennials vs Generation
Z: What Employers Must Know (Infographic). Retrieved January 28, 2017, from
https://smallbiztrends.com/2016/07/millennials-vs-generation-z.html
Merriman, M. (2015). Rise of Gen Z: New Challenge for
Retailers (pp. 1-12, Publication). Ernst & Young LLP. Retrieved January 28,
2017, from
http://www.ey.com/Publication/vwLUAssets/EY-rise-of-gen-znew-challenge-for-retailers/%24FILE/EY-rise-of-gen-znew-challenge-for-retailers.pdf
Sudrajat, A. (2012, October 5). Generasi Z dan
Implikasinya terhadap Pendidikan [Web log post]. Retrieved January 28, 2017,
from
https://akhmadsudrajat.wordpress.com/2012/10/05/generasi-z-dan-implikasinya-terhadap-pendidikan/
Mahani, S., & N. (2015). Generasi Z: Tenaga Kerja
Baru dan Cabarannya. Retrieved January 28, 2017, from
http://docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/2015/Generasi_Z.pdf
Khalid, K. (2015). Kaji Selidik Generasi Z Di
Malaysia. Retrieved January 28, 2017, from http://www.khirkhalid.com/2015/03/kaji-selidik-generasi-z-di-malaysia.html
Penulis boleh dihubungi melalui emel: muhammadadamiium@gmail.com |
3 comments:
A very good synthesis of facts on the younger generations. It helps readers to understand them better. Keep up the good work, you will become a good write in the future, inshaaAllah.
Dr Maya Puspa, IIUM.
A very good synthesis of facts on the younger generations. It helps readers to understand them better. Keep up the good work, you will become a good write in the future, inshaaAllah.
Dr Maya Puspa, IIUM.
Thank you, madam..
Post a Comment